Variasi Hidup Kami

Kisah harian utk kenangan.Ayah,Ummie,Haziq dan Nisa
<< July 2017 | 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 >>
JOM JENGUK DAPUR
Periuk Belanga Ujen
LINKS
PROFILE
SEARCH
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| スポンサードリンク | - | - | - |
Birthday Cake For AKma


Happy Birthday Norakmawati...dan juga utk Kak Ina...
| ujen | Cake | comments(0) | trackbacks(0) |
Birthday Cake For Syuhada 7 thn




Nie cake tempahan dari Kak Nora...Thanks kak..untuk sambutan birthday Syuhada yang ke 7. Kek kita buat kek chocolate kukus.
tengah2nya kita belah dah letak chocolate ganache dan tabur dhn chocolate rice. Luar tu as usual guna topping Kak Mis yang mebeles tu. Kak Nora minta lukiskan cartoon utk Syuhada. Sebab tak bleh nak imagine muka Syuhada saya pun dok belek2 buka2 Haziq. Dapat satu gambar full. Lepas tempek buttercream kita pun mula melukis..entah kenapa tangan menggeletar macam si Haziq AF4..errr lapo ke? Mmg tak ambik dinner..tapi dah makan goreng pisang balik keje tadi. lukis juga dan mula letak line..mmg menggeletar je rupa cartoon nye.. Ikshhh raup balik dan tempek ngan base baru..kali nie terpaksa lukis separuh je..dgn tangan ketar2 tu ku teruskan jua perjuangan..kekeke

Harap Syuhada suka dgn kek yg untie buat...Happy Birthday..dan moga menjadi Anak yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara...AMINNN
| ujen | Cake | comments(0) | trackbacks(0) |
Kek & Lukisan & kenangan
Hari nie di office kami menyambut belated birthday and advance birthday utk Kak Ina dan Jaja. Kerana last minute order..jadilah kek yg seadanya. Telah ku berusaha merealisasikan order si Nurul yang mahukan di lukis gambar Kak Ina dan Jaja di kek.



Di entry ni aku nak cerita pasal lukisan. Dulu2 aku pernah bercita-cita utk menjadi kartunis. Masa tu kecik2 lagi..tak tahu yg melukis nie anugerah semula jadi..kalau tangan tak bedung macam aku nie tak maunye menjadi..muahahahaha....

Aku pernah di sergah oleh x cikgu geografi ( masa di form 1 ) ketika mengambil kertas ujian lukisan di form 2. Kebetulan cikgu menjaga kelas aku ketika itu. Cikgu kata " Lukisan macam budak darjah satu ". ikshhh membina betul kata2 cikgu tu..kekkeke..tapi bila ku pandang balik kertas lukisan...seadanyalah cikgu berkata begitu..kami diminta melukis gambar pemandangan di tepi pantai. aku lukis gambar tebing ( pantai ) air berwarna biru..sebatang dua pokok kelapa dan seorang perempuang di bawah pokok. Perempuan itu hanyalah seorang kartun lidi yang berambut mengurai di tiup angin...kekekekeke...
Masa tu aku cukup pedih mendengar kata2 cikgu. Aku kata cikgu nie mesti nak balas dendam sebab aku ada kes dgn dia dulu...Kesnya ( sebuah kenangan)

Masa dia ngajar geografi mmg boring gila..kerjanya..dia baca kita salin nota. sehingga la penghujung2 semester pertama. Masa tu hari jumaat dan kami dah nak balik ke kg masing2 utk yg duduk asrama. Mood nak belajar mmg takde. Seperti biasa kelas cikgu nie kena ambil nota. Seingat aku masa tu buku aku dah nak abis..tinggal last page. Dalam cikgu tu memberi nota aku boleh tertidur..sekali cikgu berenti di sebelah aku..bila aku tersedar aku tgk cikgu tu melopong dan memandang tajam pada aku..aku pun cepat2 bangun dan...Ya habibi ya maulana...dalam buku tu hanya ada garisan . Permulaan barisan tu ada la sepatah dua tulisan dan selebihnya hanya garisan terputus2..kekekek..dan paling sahdis..kat tengah2 buku tu ada tertulis...MAK NAK BALIK...kekekekke...patutla muka cikgu tu merah abis.Tapi nasib baik tak kena denda.hehehehe.. Maaf kan saya cikgu..dulu2 mmg saya tak suka geografi...kekeke.Di mana jua cikgu berada saya mendoakan kesejahteraan cikgu.

Berbalik pada lukisan. Ketika di teknik melaka, aku dan geng2 yang di "nominate" menjadi pengawas ketika di form 4 telah di denda (buli sebenarnya) utk mengecat dan membuat mural di sekeliling aspurie 2. Dalam hati mmg rasa nak mengamuk saja. Tapi tak sangka..hampir 80% mural ketika itu adalah hasil dari idea dan tangan aku. Bangga sepanjang 2 tahun di sana bila aspurie kami sentiasa menang utk pertandingan antara asrama ( aspura , aspuri satu dan aspuri 2 ).Setelah lama meninggalkan hobi melukis ( meniru lukisan sebenarnya ). Akhirnya aku kembali utk melukis di atas kek pula. Mmg melukis ini memerlukan kemahiran semulajadi. Kalau yang betatih macam aku nie kena banyak membuat rujukan ( tiruan ) le jawabnya...heheheh...Gambarimasuuuuuuuuuuu ( saya akan berusaha )
| ujen | Cake | comments(0) | trackbacks(0) |
Birthday Cake for my princess Nisa


PEAH THE POOH

Nie hasil pertama saya mendeco cake dgn melukis dan mewarna mengguna piping gel. ketar lutut ketar tangan.Almaklum la..zaman2 sekolah dulu kalau kelas lukisan tu mmg kalau boleh nak nyorok dalam toilet..kekekkeke....

nasib baik la bangun je tido Nisa tengok kek terus muka ceria..dia kata..Uwaaaa cantiknya..siap panggil abang yg tengah mamai2 suruh tgk kek dia..Biasa la ..abang buat muka poyo je...heheheh

Birthday Nisa sebenarnya jatuh pada 11 March..sama dgn hari anniversary perkahwinan ummie dan ayah.
| ujen | Cake | comments(0) | trackbacks(0) |
Wilton Cup Cake - Decoration Class




27 January 2007.
Kelas decoration pertama untuk tahun 2007. Belajar beberapa teknik Wilton utk hiasan baby cake or cup cake. Fun . Sambil belajar sambil mengetawakan diri sendiri.DAn paling penting...pergghhh kat sana ada macam2 bahan2 kek dan peralatan2 kek yg membuatkan mata jadi juling..tepuk poket tanya selera ja...楽しい

Belajar men"deco" menggunakan buttercream untuk cuppies berbentuk sunflower dan scary spider ( macam ulat gonggok je)
dan menggunakan fondant untk baby & ladybird.
| ujen | Cake | comments(0) | trackbacks(0) |