Variasi Hidup Kami

Kisah harian utk kenangan.Ayah,Ummie,Haziq dan Nisa
<< July 2017 | 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 >>
JOM JENGUK DAPUR
Periuk Belanga Ujen
LINKS
PROFILE
SEARCH
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| スポンサードリンク | - | - | - |
Haziq "Lelaki VS Perempuan"
Dah lama tak up date kat sini..dok ralit dgn my periuk belanga..heheheh

Nie alkisah dgn si Haziq...kisah permepuan dan cuti

Haziq : Ummie lepas nie sembahyang ke tak?

"emmm kena pikir nak jawab..kang kata sembahyang dia suh kita sembahyang sebab dia nak join sekali"

Ummie : tak..ummie tak boleh le Haziq

Haziq : Kenapa ummie tak boleh sembahyang?

Ummie : Ummie sakit..ehhh ummie tak boleh sembahyang

Haziq : Kalau Haziq sakit Haziq tak payah sembahyang le ye Ummie

"alahaiiiii salah cakap le pulakkk"

Ummie : Bukan..perempuan nie ada masa dia tak boleh sembahyang

Haziq : Lelaki dia ada masa tak boleh sembahyang tak Ummie?

Ummie : Takde ...Lelaki takde cuti

Haziq dah melalak-lalak merajuk bila kata takde cuti...alahaaaaiii jenuhnye nak explain

Ummie : Nanti dah besar sikit Haziq belajarlah pasal nie..

Haziq : Ummie...Haziq nak cuti jugakkk....

"aku rasa dia bukan excited pasal tak yah solat..tapi dia allergic dengo perkataan cuti..>Suka sgt kalau dapat duk rumah bercuti..."

adeeehhhhh
| ujen | Nikki Haziq | comments(0) | - |
Diplomasi Dgn Si Hero
Dilema juga bagaimana nak menangani masalah anak2kan. Kita kena beringat juga..kita hanya bersama mereka beberapa jam sehari dan semasa hari minggu dan public holiday sahaja.

Al-kisahnya Si Haziq sekarang nie kuat membentak. Apa sahaja keinginan dia mesti kita ikuti. Kalau tidak rungutnye..dgn mengamuknya...mmg menguji kesabaran. Contohnya...bangun pagi2 mesti kena kejutkan dia dulu dan mandikan dia dulu baru boleh kita mandi dan bersiap.Kalau dia tahu kita dah mandi dahulu..mengamuk tak sudah. So pagi2 lagi dah kena kejutkan dia..Kadang2 bila dah terlewat kerah juga dia mandi sendiri sementara kita bleh buat kerja lain..mula la merungut2..sabojelah makcik..
Tapi ada baiknye juga...sekarang nie noleh di katakan tiap2 hari dia solat subuh

Semalam dia mengamuk2..sebabnya pasal makan le..mula2 nak burger la..nak spagethhi la...nak nasik lemak le..semua yg takde yg dia nak..Bila dia ngamuk-ngamuk tu kita cuba guna pendekatan macam nie pulak,

Ummie : Mengamuk-mengamuk la..tahu tak syaitan tu suka sangat kalau orang marah-marah. Allah tak suka orang marah-marah tau.
Haziq nak masuk syurga ke nak masuk neraka
?

Haziq : Syurga la ( dgn nada marah lagi)
ummie : Hai nak masuk syurga cakap macam tu dengan ummie??

Haziq membentak2 lagi..geram betulll..tak makan pujuk le nih..

Ummie : Marah2 la..tu syaitan tgh seronok bertepuk2 kat sebelah Haziq sebab marah2.

Haziq dengan jeling geramnye : dekat ummie la sebab ummie yang cakap.
Ummie : mana pulak

Haziq : Ummie hari2 marah Haziq tu..ummie pun kawan dgn syaitan

Nisa : Ummie marah kannn ( cehhh sibuk je sorang nie )

Ummie : Tu ummie marah sebab apa?? Haziq ngan Nisa nakal kan cover lineeeee

Nisa & Haziq diammmm .........line clearr
hehehehehehhehe
PS..tak minat aswad okey,,,,!!!
| ujen | Nikki Haziq | comments(0) | - |
Haziq in SYMC
29 March
Haziq dah ngadu badan dia tak sedap. Katanya rasa cam nak demam la Ummie. So ummie pun bagi ubat demam stok kat rumah.
30 March
balik dari taska Haziq kata badan dia panas. Balik ummie singgah farmasi beli ubat.
31 March
On the way nak ke tesco mencarik joystick PS2 utk Haziq, dia mengadu badan panas..bila rasa mak aihhh panasnya. Kami terus pusing2 carik Klinik . Kat klinik doktor kata Tonsil Haziq bengkak.Dah bertaup. Dia bagi ubat dan antibiotik.Lepas bagi ubat Haziq nampak okey..dah bleh main. Kami tinggalkan dia kat rumah Mak Long Ina dan kami mencari barang di tesco.
1 April
Badan Haziq panas lagi...4 jam sekali kena kasi ubat..kalau tak temp naik tinggi. Petang tu baru ummie perasan ada bengkak kat tengkuk Haziq
2 April
Bawak Haziq ke SYMC utk 2nd opinion. Doktor terus suruh HAziq admit sebab takut bengkaknya bernanah. Nie Haziq di SYMC pada hari pertama

3 April
Demam Haziq still on and off. Temp still naik sampai 39C.so mmg takde harapan le nak keluar. Haziq dah makin boring kat spital

4 April
Doktor dah buka drip Haziq sebab dia nak makan dan minum sendiri. So seronok skit dia bergerak sana sini. Sebelum nie kalau ummie nak solat dia okey je tinggal sorang2.Sampai nurse2 pun puji. Bila dah buka drip.kita nak turun je dia meraung nak ikut sabooo jelah
Nie gambar dia main kat taman dalam spital

5 April
Hari nie ummie pergi kerja.Haziq tinggal dengan Opah dah ayah. Esok dan lusa tak tahu lagi .. entah bleh keluar entah tidak. Bengkak Di leher Haziq masih tak mahu surut.Kalau perasan nie bengkak dia

Bila berjalan kepala pun dah menyenget sebab dia rasa sakit kat tengkuk. amcam orang kena beguk plak

Yang bestnya...tiap kali temp dia naik nurse akan insert ubat ikut bunt*t dia. Dia mesti tak nak..utk umpan dia kena la janji nak beli CD game PS2 dia...tiap2 kali naik le bilangan CD dia. Tapi aklau dia buat perangai kena tolak..so as of today..Ummie utang 3 CD...actually kalau nak di kira dia nangis ngan meragam..dia pula berutang kat ummie..tapi aklau cakap tak dapat..lagi haru...hehehehe
Takpelah Haziq...Janji HAziq cepat sembuh...tak sanggup Ummie tgk Haziq lama2 di spital....
| ujen | Nikki Haziq | comments(0) | trackbacks(0) |
Home Work


Haziq kalau ada homework dari cikgu..Alhamdulillah tak pernah lagi kami terpaksa memngingatkan dia . Tahu-tahu dia dah siapkan. Ataupun dia akan ambil buku dan bertanya pada kami kalau tak paham. Ikut perangai Ummie dia kot..kekekek..Yerlakan..mana kita tau perangai hubby masa dia kecik2...楽しいKalau ada home work sebelum pergi sekolah mesti dai check buku dah dibawa ke tidak. Telitimacam ayahnye..yang nie kena ngaku la...

Kalau di pikirkan sekarang..umur 4,5 tahun dah nak kena kerah anak2 belajar. Saingan sekarang semakin hebat. Masuk tahun satu cikgu assume semua murid dah mesti pandai membaca dan mengira. Kalau kita masa umur macam nie..masih lagi main congkak tanah. masih lagi meranduk paya mencarik anak ikan..masih lagi mencincang daun bermain masak-masak. Masuk tadika masa umur 6 tahun pun hanya belajar menyanyi..ABC dan 123. Rasanye masuk darjah satu baru mula belajar membaca dan mengira.Hidup pun tak berapa nak stress..

Anak2 sekarang..nak bermain pun terhad dalam rumah.Macam Haziq dan Nisa, bersama2 kami utk pergi ke taska dan pulang juga bersama.Keluar matahari baru nak mencuri2 keluar dan balik waktu sang matahari sudah mahu tenggelam. Maafkan ummie dan ayah atas kehidupan sebegini ya sayang.Haziq dan Nisa dah tak mungkin dapat merasai kebebasan yang ayah dan ummie rasa masa zaman kami sebesar kalian sekarang. Bebas membuat layang2 kertas..berlari di panas terik sambil menarik layang2.Berendam dalam paya.Bermain aci nyorok (hide and seek) di sekitar rumah.berkejar-kejaran di halaman rumah. Bermain pondok-pondok. Kalian sekarang lebih di asak dgn permainan zaman cyber. Haziq lebih tekun bermain Play station.Kalian lebih ayik dgn channel 24,60,62,63 di Astro. Taman permainan sekangkang tungau tu jelah tempat kalian berlari..Masa banyak merubah segala2nya.
| ujen | Nikki Haziq | comments(0) | trackbacks(0) |