Variasi Hidup Kami

Kisah harian utk kenangan.Ayah,Ummie,Haziq dan Nisa
<< July 2017 | 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 >>
JOM JENGUK DAPUR
Periuk Belanga Ujen
LINKS
PROFILE
SEARCH
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| スポンサードリンク | - | - | - |
Muffin Blueberry


Muffin nie saya buat utk di bawa ketika Cuti-Cuti Malaysia di PD pada weekend lepas. Kami menginap di rumah penginapan Guthrie ( Thanks to Mokhtar & Family for the arrangement ). Cerita utk Cuti-cuti Malaysia akan menyusul kemudian . Posting nie utk Muffin.
Masa masak bau blueberry semerbak satu rumah.Agak mengecewakan sebab muffin tak naik gebu. Sebenarnya tepung naik sendiri dah abis stok. pandai2 tukar ke tepung superfine dan add 1/2 teaspoon double action baking powder... nanti nak kena beli self raising flour dan try lagi sebab rasanye umpphh..kat rumah ada kiwi filling..bleh buat muffin kiwi pulak...:)

Muffin Blueberry
Salamah Jalani
Dari Buku Asmah Laili

250 gm unsalted butter
220 gm gula caster
310 gm susu sejat
330 tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu perasa blueberry ( nie saya tambah sendiri )
blueberry filling secukupnya

Cara:-

1. Pukul butter dan gula sehinnga kembang. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
2. masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
3. Masukkan tepung yang sudah di ayak bersama baking powder dan kacau sebati
4. masukan dalam cawan kertas dan bakar dalam suhu 170 selama 20-25 min
5. Saya masukkan adunan sedikit..letak blue berry filling dan cover lagi dgn adunan ..dan letak sikit buat hiasan kat atasnya...:)
| ujen | Mari Memasak | comments(0) | trackbacks(0) |
Resipi Chocolate Bun
Dah lama BM rest atas rak. teringin pula nak buat Bun. Nie projek last week. Alhamdulillah naik dgn cantik sekali.Dalam tu saya ada letak chocolate...tapi semuanye dok keluar meleleh..Belum dapat nak kemas kan simpulan supaya coklat tak meleleh keluar.Tapi bab rasa 2 thumbs. Thanks Kak Hanieliza




CHOCOLOTE BUN
Sumbangan Kak Hanieliza

Ingredients :
Ingredients A :

500 g bread flour
30 g milk powder
20 g cocoa powder
100 g sugar
11 g instant yeast
1 whole egg

Ingredients B :
250 ml water
80 g margarine

Method :

1. Mix well ingredients A.
2. Add in water and knead till a soft dough is formed.
3. Add in margarine and knead again till soft and elastic.
4. Divide the dough into 50g balls.
5. Shape the dough to your liking.
6. Leave to prove till double the size.
7. Bake in a preheated oven at 180c till golden brown.
8. Once out of the oven, brush some margarine on to the bun.


| ujen | Mari Memasak | comments(0) | trackbacks(0) |
Udang Kertak


Anda pernah dengar nama Udang kertak? anda pernah lihat? anda pernah rasa?..Inilah udang kegemaran Haziq dan Nisa. Asalnya kami beli udang nie di pasar malam kerana ingin mencuba.Kalau tgk pada paras rupanye mmg ada rasa kembang bulu roma tapi rasa nye boleh tahan. Sudah lama kami mencari.Mungkin tiada musim. Baru ahad lepas ada di jual di pasar tani. Apa lagi ayah sambar sampai sekilo.

Kebetulan Mak ada dirumah. Mak mmg geli dgn udang kertak nie.kekeke.sian mak..Ada hari tu mak tinggal dirumah, kebetulan kami ada stok udang kertak dan Haziq nak sgt makan. Mak langsung tak pegang..Mak basuh2 golek2 dgn garam kunyit dan goreng..semua di buat tanpa menyentuh udang.悲しい Sian Mak. Demi cucu tersayang.

Kebanyakan org suka masak berkuah. Tapi peberet kami sekeluarga.
Goreng udang nie sehingga garing dan sira dgn cabai. Cara nak menyira.

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis cili yg sudah di kisar ( ikut suka le byk mana nak )
3. Bila cili agak masak. Masukkan gula sehingga warna cili kehitaman.Jgn lebih2 lak..kang manis banget
4.Masukkan garam..kacau lagi dan masukkan udang tadi..golek2 dan siap utk di makan.

Cili sira mmg akan agak manis. so kena kontrakan dgn rasa garam.
| ujen | Mari Memasak | comments(0) | trackbacks(0) |
Souffle / Sufure ( in Japanese )


Souffle / Sufure

30 gm butter
20 gm tepung serbaguna
30gm gula
200cc fresh milk
4 biji putih telur
2 biji kuning telur

sedikit mentega dan gula

Cara2

1. Masukkan butter dan gula dalam kuali / periuk non stick. buka api kecil
dan kacau hingga sebati.
2. Masukkan susu dan kacau hingga susu menjadi seperti cream
3. tutup api dan masukkan kuning telur...kacau sebati ( kalau tak suka
berbau telur..boleh tambahkan vanila esen 1/2 sudu teh)
4. Pukul putih telur dan gula sehingga betul2 kembang
5. Campurkan adunan susu dan putih telur..kacau sebati..
6. Sediakan bekas ( dalam gambar The real sufure tu dia guna bekas
kaca/tembikar ) saya guna aluminium
7. sapukan mentega disekitar bekas dan masukkan sedikit gula..gelek2 dan
buang lebihan gula ( kira tonggengkan le tinggal yg melekat sj)
8. bakar secara steam bath dalam suhu 200c dalam masa 25 -30 minit.
9. adunan mmg akan naik macam bom atom..dan sepatutnye kekal...tapi saya
punya bila keluar dari oven jadi bom atom dah expired..kekekek
10. boleh taburkan gula icing sebagai hiasan. Tapi bagi saya dah cukup dgn
kemanisan gula kat bawah tadi...
| ujen | Mari Memasak | comments(0) | trackbacks(0) |
Kek Gula Hangus

kek gula hangus

Kek gula hangus ini adalah kek resipi pertama yg membuatkan saya puas hati. Sarangnye naik cantik dan mudah utk di buat. rasa pun tidak terlalu manis dan tidak berbau telur. Jangan lupa mencuba.Salah satu resipi yang hangat di ResipiDotNet.


Kek Gula Hangus
Resipi sumbangan : Puan Halimah

1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.
| ujen | Mari Memasak | comments(0) | trackbacks(0) |