Variasi Hidup Kami

Kisah harian utk kenangan.Ayah,Ummie,Haziq dan Nisa
<< September 2017 | 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 >>
JOM JENGUK DAPUR
Periuk Belanga Ujen
LINKS
PROFILE
SEARCH
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| スポンサードリンク | - | - | - |
Sarawak Trip
yatto...trip ke Sarawak kami sampai
20 July...pagi2 selepas subuh kami dah bertolak ke Klang. Nak minta abang ipar hantarkan ke KLIA.Turun2 bawah tgk kunci kereta tertinggal..kekekekkeke...Muka masing2 pun masih ngantuk2 ..kena kejut awal pagi tu.

Nie tengah menunggu ayah ambik kunci kereta.

Sampai di Klang dalam pukul 7 lebih. Pukul 8 kami bertolak dan singgah di Dengkil utk bersarapan.Lepas sarapan kami terus ke LCCT. Mak aihhh jauh jugak ye....First time jejak kaki ke LCCT.

Pukul 10 baru kami dapat berkumpul semua. Keluarga Rusma, Hada dan keluarga kami. Kanak2 mmg happy abis...masing2 first time nak naik kapal terbang.

Yang bestnye bila bila kapal terbang dah di awan..Si Nisa dan Si Tina dok bising2..suara diorang je dengar...Uiii boleh terbang la..
dan macam2 lagi yg buat ummie terkekek2 dengar...

Seronok habis...tak takut langsung.

Sampai sana kami dah di sambut oleh Kak Deeyana ( warga Resipinet). Seronok dapat jumpa. Dari sana kami terus ke Harbour View. Selepas rehat sebentar kami ke Restaurant Asam Payak untuk lunch. Melihat pada harga makanan tak ubah macam di semenanjung juga..Tapi bial tgk pada pinggan...Mak aihhh terperanjat makcik2...besau gabak betul...Hari tu Aku pekena air asam boi dan mee goreng chinese style.

Lepas tu ke kedai bahan2 kek..kat sini aku borong penekan kek lapis, beberapa perisa dan pewarna.Lepas tu kami berjalan ke hotel. Sempat la singgah di waterfront...lepak2...sambil emlayan si ahziq yang mengamuk...kekeke


melihat keindahan sungai sarawak.

Balik hotel lepak2..dan turun untuk dinner pulak. Kali nie kami makan di restauran D'sabila cafe depan Hotel. Sini pun pinggan gabak2..kekekek..Kat sini kami dipekenalkan dgn Teh C Special.
Gambar lupa plak nak ambik...Teh susu yg ada 3 layer..Nanti nak try buat lah.Lepas tu balik hotel dan OFF.

21 July..kami bershopping di Serikin. Kat sini lebih kurang Rantau Panjang di Kelantan.Tempat nak bershopping...Kawasan dia kecil sahaja.>Ramai orang bersesak-sesak. Dan panas macam dalam sauna.
Kat sini sempat la merembat Telekung, kain , topi utk si Nisa dan Haziq..Besi magnet yang dah tinggal sebijik, kulit kayu manis yang di beli dan tak tau mana pergi..kekekek...Baju utk Nisa..itu je ek..

Balik dari Serikin kami singgah lunch di kedai mamak. Aku pekena beriani kambing dan air limau mantah ( Air limau le...hehehe).Lepas tu ke pasar satok. Jamu mata lagi...

Balik dari Pasar Satok ke hotel dan lepak2 sebelum ke rumah Makcik Timah dan Pakcik Sabri utk pekena laksa Sarawak.Nie la rupenye



Balik dari situ singgah pulak di Kubah Ria utk tappau Mee Kolok..kekekek..

Esoknya..Pagi2 kami berjalan2 di kedai2 depan hotel..Kat sini menyambau omiyage yang nak di bawa balik.Lepas tu ke Pasar Satok lagi memborong ikan masin..tapii tak cukup jugak....balik sini camno dah tersalah budget...kekekek..so dapat le sorang sekor jek...

Lepas tu kerumah Makcik Timah dan Pakcik Sabri semula utk lunch..Terima kasih banyak2. Sedap2 makanan yg dihidangkan. Lepas Rusma dan hada balik ( kami lain2 flight) Pak cik Sabri bawa pusing2 ke Santubong..Tengok rumah besar2..lalu depan SCV dan ke Pantai . Cantik pantainye..di bawah kaki gunung santubong. Nisa tidur so tak dapat nak keluar..si hero je berposing



On the way kami singgah beli kuih cincin, beli gula kabung .
Lepas tu baru bertolak ke airport. Flight delay dari 710 ke 840.
Sampai di LCCT dah kul 10 lebih..Singgah makan roti canai dan sampai di Klang hampir pukul 1.. Decide utk overnight kat sana sebab hubby dah tak boleh bukak mata.

Kesimpulannya...Seronok tapi tak cukup masa..Rasa banyak tempat tak dapat pergi..Hubby pun tak puas...so Next Year..Mata ikouka...kekekeke....

Thanks to Kak Deeyana yang menjemput kami di Airport, bawa kami jalan2 dan menyewakan keretanya pada kami
Tahnks to Jem sekeluarga yg bersusah payah menjadi tourist guide kepada kami
Thanks pada Makcik Timah dan Pakcik Sabri sekeluarga yg menjamu kami makanan yg sedap2.


Di Rumah Mak cik Timah...Nak beredar pulang.



Nisa dan Tina depan Kucing...


Haziq di LCCT..tengah boring


| ujen | Cuti-Cuti Malaysia | comments(0) | - |
Weekend Di Kg
29 June..Lepas sahaja abis training futsal kami sekeluarga terus menuju ke Trolak.Sampai di utara dalam 9 lebih.Adik ipar tengah mengadap durian. Apa lagi join the club. Ngap ngap..2,3 ulas jugak masuk mulut...kekekek...Lepas dah merasa durian ( niat balik mmg nak makan durian..teringin betul)...terus balik ke selatan pulak.

Sampai rumah..sembang2 perut plak berkeroncong...bukak sangai mak nampak rendang ayam, keli masak berlada, keli masak tempoyak dengan sambal tempoyak masak...Gulppp abis la diet ku....kul 10 lebih makan nasik .kekekekek....Lepas tu dah cam ular sawa...kakakak

30 June..duk kat rumah asyik mengadap durian je...risau gak semput plak..tapi cam okey je..kakaka..tak terkira berapa bijik ku tibai sorang2. Lepas tu menu kami hari nie...Ayam masak merah ngan kari kepala ikan...nyum nyummm....Pastu petang kami masak pulut dan makan dgn kuah durian...walla wehhh mmg tak hengat dunia...Mak pulak buat serawa machang...mengoda iman betul.Me and kakak yang dah 9 bulan dah tersandar sebab semua makanan best2..kekekek...Penangan air tangan mak...habis diet satu bulan...kekekek

1 July ..ke utara pulak...kali nie Mentua masak ikan keli dan rebung masak tempoyak....Makk aiiihhhh..meratah rebung je hari tu..sedap bangat...petang nye mak mentua buat serawa machang lagi..ngeh ngeh ngeh....Pastu laksa pulak.waduh waduh pakkk....kali nie balik kg mmg isi perut betul2...

Yoshhhaaaa diet wa ashita kara....( diet start from tomorrow)...kekekekekekek

Balik kali nie mmg puas makan masakan mak dan mentua dan yg paling besttttt puas makan duriannnnnnn...yehhhaaaa




| ujen | Cuti-Cuti Malaysia | comments(0) | - |
TRIP TO MELAKA
Weekend lepas kami sekeluarga di jemput oleh Abang dan Kak Ipar ( Pak dan Mak Uda ) untuk cuti2 Malaysia di Melaka. Dari kampung, Selain dari Uda dan Shida bersama anak2nya Nabil,Syabil dan Syakil, Mak juga dtg bersama. Mereka sampai dari kg dalam pukul 5.30pm.Pukul 6 lebih kami bertolak dari Kota Damansara dalam hujan renyai2. Perjalanan agak lancar walaupun agak perlahan kerana dibatasi oleh hujan yang turun.

Pukul 9 lebih kami sampai di Ayer Keroh. Berjanji berjumpa dgn sepupu kak ipar di sana kerana Kakak Ipar ku mengidam nak makan asam pedas melinja. Dari hari tu kitorang dok tertanya2 apale asam pedas melinja nie. Sampai je Saiful kami terus ke Bukit Baru utk perkena asam pedas melinja. Nielah rupanya..ada macam2 jenis ikan. Sempat snap 2 nie je..Asam pedas ikan pari


dan yang saya suka Asam Pedas Tetel Special.Sedap..


Di hidangkan dgn nasi, ikan masin dan sedikit acar timun.


Selesai makan kami ke Bukit Piatu untuk tumpang bermalam di rumah Saiful.Alaaaa..tak sangkanya rumah dia betul2 di depan pintu sekolah lama ku..oh teknik..syahdu dan wendu betull..kedai makcik depan gate tu pun masih ada...teringat dulu curi2 keluar beli nasi / beehoon goreng



Pagi2 kami dah keluar untuk mencari sarapan di dataran pahlawan. Pagi ahad tu aku mencuba Nasi lemak kukus. biasajelahhh..takde yg lain pun...


Lepas sarapan, kerana agak awal lagi kami berjalan2 di bukit china.Selaps tu pergi menziarahi perigi raja or Perigi Puteri hang Li Poh.Puteri Hang Li Poh nie sudah masuk Islam. perigi ni di bina oleh sultan melaka untuk kegunaan Puteri hang Li Poh tapi kemudiannya telah di racun oleh beberapa pihak utk mematahkan serangan pihak lawan. Dah tak ingat siapa yg buat...ehehehhe..Sebenarnya kata pakcik2 dekat situ la..perigi Hang Li Poh yg sebenarnya di belakang. Tak sempat nak pergi tgk. Kata mereka walaupun satu melaka kekeringan tapi perigi ini tetap berair.Wallahualam.



Kat sini sempat jugak la kami menyambar pengetuk bahu (bunyik kelentang kelentung..kekekek) dan juga beberapa lukisan yg di jual di tepi kaki lima. Di sini hanya cost utk membeli cenderamata sahaja. Tiada cost diperlukan utk melawat.



Kemudian terus ke A-Famosa. Parking fees RM0.40/ 1/2 hour. Sebelum naik ke A Famosa kami ronda2 naik beca dari A-Famosa ke bangunan Merah. RM 10/ beca / trip.


Nabil,Nisa,Syabil dan Haziq.


Beca-beca di hias untuk menarik pelancong.

Habis memusing dg beca kami memanjat A-Famosa..Semput..kekekek..kat atas sana di hiburkan dgn penyanyi jalanan. Sedap jugak suaranya.Turun dari sana kami ke Muzium Islam. Di sini dikenakan bayaran RM 1 / adult. Di sini kita boleh melihat sejarah perkembangan Islam di Melaka, Sejarah Nabi Muhammad S.A.W,dan macam2 lagi. Cuaca sekejap okey sekejap hujan menyebabkan banyak tempat tak dapat nak pergi.


Nie nisa dan Haziq naik kenderaan dgn bentuk binatang. RM 2 / ride.
tertonggek2 bontot binatang tu masa bergerak..kekeke..lepas tu diorang naik plak keretapi bentuk binatang jugak. RM 2 / ride jugak.
Nie dalam mall dekat dataran pahlawan

Selepas berehat2 sebentar di taman, kami bergerak menuju ke Muzium kapal. Di sini juga dikenakan RM 1/ adult. Sejuk kat dalam tuh..hehehe..di depan kapal ada medan untuk membeli cenderamata , belacan2, cencaluk, kerepek2..dan macam2 lagilah.


Haziq posing dalam kapal..muka dah penat dah tu

Selesai membeli belah kami menuju ke Zoo Melaka. Asalnya nak ronda2 semua tempat la..yappari tak cukup kalau setakat satu hari. Penat wehhh...
.
Baca info tentang Gajah.


Nie landak yg teruja cium bau jambu batu..heheheh

banyak lagi gambar..takkan nak letak semua kan...hehehe
Lebih kurang 4 lebih kami keluar dari Zoo..semua dah penat. So kami decide untuk balik. Singgah di Perhentian Ayer Keroh untuk solat dan berehat sebentar.dan terusan perjalanan ke Kota Damansara. Perjalanan agak perlahan...jem betulll...bila la jalan2 tu nak siap..pukul 9 baru kami sampai....

Thanks Pak Uda dan Mak Uda for the invitation. Kitorang semua ENJOY.




| ujen | Cuti-Cuti Malaysia | comments(0) | - |
Trolak Resort Air Panas - TRAP
Penghujung cuti sekolah..me & hubby ambil cuti satu hari (isnin).Saja nak lepak2 lama2 di kampung.
Hari sabtu malam kami sambut birthday Mak dan advance hari bapa . Segala masakan dan gambar bleh check di Periuk Belanga kita.
Pagi isnin..anak2 sedara semua ke sekolah..pagi2 hubby ajak ke TRAP. Alkisahnye tempat nie dah terkenal. Sebelum terkenal dulu kami selalu ke sana lepas mandi manda di sungai Tesong..Selalu juga berendam di kolam air panas nie sebelum di komersial kan..Lepas di komersial inilah pertama kali kami ke sana.
Seronok juga..9:30pagi kami dah sampai...cuma ada pekerja2nye sahaja..seronok kami 4 beranak dan sepupu nisa dan haziq si Aisyah Amani berendam dalam kolam air panas.
Penat berendam kami ke kolam air sejuk..di sini ada sotong besar. Gambar di sini semua dalam bentuk video. tak dapat nak tempek. Tak sangka la dalam hutan2 perkampungan orang asli tu dah membangun sebegini rupa.
Bayaran masuk utk dewasa utk kolam air panas dan air sejuk RM 8
utk kanak 2-12 tahun RM6. berendam la sepuasnya..hheheh


Haziq,Nisa dan Aisyah di depan mushroom *mushroom nampak btg je*


Nisa xcited betul


Sibuk bagi makan ikan..beli RM2 per cup utk kasi ikan makan


Berebut2 ikan nie makan..kolam terletak sebelah cafeteria. Tuan tak bagi makan kot..kesiannnnn


Aisyah Amani..mula2 takut2..dah berani sampai terjun dalam air 2 kali...kui kui kui
| ujen | Cuti-Cuti Malaysia | comments(0) | - |
Teluk Kemang, Port Dickson
23 March 2007,
8:30mlm kami bertolak menuju ke Dengkil utk berjumpa dgn Keluarga Mokhtar dan keluarga Zila.
9:30mlm kami bertolak dari Dengkil Teluk Kemang. Ada sedikit kesesakan selepas dari exit ke Seremban tapi perjalanan lancar.
Dalam kereta Nisa dah mengamuk nak mandi kolam. Nasib baik dia tertidur sehingga pagi. Kalau tak malam2 dah kena terjun kolam.
Sampai di rumah penginapan guthrie dalam pukul 10 lebih.
Menjamu selera dgn Bihun goreng yang di sediakan oleh keluarga Mokhtar. Thanks...kami yang lain dtg bawak perut bawak diri je...heheheehhe

24 Marc 2007,
Bersarapan pagi dgn roti bakar di bilik Kak Bedah (colleague Azlina).Walaupun hanya dgn roti bakar..masing2 makan dgn berselera. Lepas makan...Mandi-manda TIME...Tak pernah rasanya melihat pantai secantik itu di PD..dengan pantai yg bersih..pasir yg cantik..air yang jernih..aku yang mula2 malas nak membasahkan badan pun akhirnya join the Club. Selepas bermandi manda di laut kami mengabiskan masa pula di kolam..pergghhh anak2 mmg tak hengat dunia la....


Nisa dan Haziq bermain di pantai



Mengacau anak obor2..hehehehe

Haziq suka sangat mencari ale-ale di sepanjang pantai..yang jadi mangsa ummie la..kena la duduk berjemur sambil mengorek2 pasir..


Haziq dgn kulit kerangnya

Penat bermain2 masing2 kena paksa tidur..tapi Haziq dan Amirul masih
mengadap PS2. Hubby, me and Nisa keluar untuk me"napau" nasik. Masing2 dah kepenatan utk keluar mencari lunch. Oh ya..hari nie keluarga Roslina pun sampai. Tak sempat nak join kami bermandi manda.Tapi kami makan bersama2.

Malam pula kami berBBQ dgn ayam dan ikan cencaru panggang, nasi goreng cina dan sayur chap chai..sedap2 belaka..air asam nya mmg cukup umpphh..sampai terpaksa naik carik ubat allergic..kekeke..sedap makan sedap juga menggaru hidung...kekekeke

25 March 2007,
Kami kena check out pukul 12. Sarapan pagi dgn nasi lemak..lepas sarapan masing2 bergegas ke pantai.Hari nie sedikit panas dari semalam. tapi tetap meriah..pukul 12 kami keluar.Anak2 memang gembira. sampai pagi2 ahad tu bangun je tidur Nisa terus cakap
"Ummie adik suka la ummie bawak adik dtg sini"..heheheheh...
Thanks to Mokhtar & family for the arrangement.

Nie gambar puteri duyung yang terdampar kat PD..kakakakaka

| ujen | Cuti-Cuti Malaysia | comments(0) | trackbacks(0) |
CNY Holiday
17 Feb 2007 : Keluarga kami (Mak,Hubby,Me,Haziq dan Nisa) bersama keluarga Mokhtar (Moter,Azlina,Amirul dan Aina) kami bertolak ke Sitiawan utk cuti2 di D'chalet,Kg Sitiawan.Mokter bertolak lewat sedikit.8:30 pagi kami bertolak dan singgah di Perhentian Ijok utk breakfast. Kedai yg kecil tapi ramai org. Apa lagi kami menuju ke sana. Mmg sedap roti canai bercicahkan kari kambing. Masih terbayang2 lagi nie. Selesai saja membayar hujan turun dgn lebat.Berlari-lari kami ke kereta. dan bermula la perjalanan yg sukar. Dari Ijok ke Kuala Selangor memakan masa 2 jam lebih. Dengan hujan lebat dan banjir di tanjung karang menyebab kan kereta bergerak dgn amat perlahan. At one point tak bergerak langsung. Rupa2nya disebabkan banjir kilat di tanjung karang. Ada juga kereta yg tak berhati2 ketika memandu and end up...dalam longkang.Nie antara yg sempat snap..ada 3 kereta yg terjun dalam longkang dan 2 kemalangan kecil yg menyumbangkan lagi pada kesesakan..ショック





Kami tiba di D Chalet pada jam 2:30. Alhamdulillah walaupun penat kerana kesesakan tapi sampai ditempat yg cukup nyaman. Kawasan kampung yg penuh dgn ketenangan.Melihat air muara yg betul2 di tepi chalet menyebabkan Hubby tak sabar2 nak memancing. Nisa & Haziq galak nak mandi.



Hari nie kami berehat2 sahaja sambil beramah mesra dgn tuan empunya Chalet. Malam kami di hidangkan dgn BBQ yang sungguh enak. Mmg sedap. Tak sempat nak snap gambar sebab seronok bersembang. Thanks Kak K, Makcik dan Pakcik.

18 Feb 2007 : Kami ke Teluk Batik , konon2 nak bawa Haziq,Nisa dan Amirul mandi laut...Mak aiiihh dgn lautan yg terbentang luas dan lautan orang ramai.



.kami decide utk lepak sekejap dan dtg semula petang utk mandi manda. Sempat la membeli segala jenis makanan dan juga sehelai T-Shirt. Haziq , Nisa dan Amirul dapat sorang satu payung kepala. Seronok sgt diorang.Nie gambar Nisa posing ngan payung.


19 Feb 2007 kami bertolak balik ke Trolak dan Mokhtar sekeluarga terus ke Klang. Seronok mengabiskan masa di D'Chalet. Tambahan pula ownernya peramah dan kami sempat belajar kraftangan dari kertas. Tapi satu pun tak jadi lagi..悲しい. Sarapan pagi yang disediakan pun sedap sekali.


Cuti selebihnya kami habiskan di kampung. Sekali sekala dapat merehatkan fikiran, jauh dari kesesakan di kota raya ..amat melegakan.
| ujen | Cuti-Cuti Malaysia | comments(0) | trackbacks(0) |